28 January 2011

cOloRrfuL jUicE


Pergi makan dgn MEMBER2 ye.. bukan aku g minum sorang2 smpi 4 gelas.. masing2 order juice.. cantik pulak bila susun2 mcm ne.. elok juga tok kesihatan.

carrot susu tok aku yang rabun, apple susu, fresh oren, tembikai susu yang sbnrnya nk order honey dew tp g ckp bahasa melayu "tembikai susu" jadilah tembikai merah + susu hahahahah dan yang paling mahal sekali....sky juice aka pacifier sudah tentunya tok baby..tak akan la pulak tok aku knnn...

27 January 2011

WHAT...cukai blog?????

Eh..love k kt blog??? boleh la..walaupun dah lama tak update..

Mesti korang ada dengar2 kn pasal blog akan dikenakan CUKAI sape yang tak tahu lg ne meh sini aku nk habak.. ish2..ne yang rasa mcm nk tutup kedai je nee.. sejak menjak kuwa paper pasal blogger boleh untung 1 JUTA terus plak kuwa kata nk kenakan cukai pendapatan.. korang relax2 ok..bawak bertendang..eh silap bertenang.. sebenarnya.....

"cukai pendapatan ini hanya dikenakan kepada sesiapa yang menjana lebih daripada RM2,500 sebulan sahaja, dan yang menjana pendapatan kurang daripadanya, TIDAK DIPERLUKAN membayar cukai."

soooo selamat la aku..tak jadi la nk tutup kedai..sebab aku punya blog ne xde dapat apa2 ong pun....

13 January 2011

My Cayangku...

Kali ne nak cita jiwang2 sket... bukan senang aku nak cita hal cintan cinton ne.. jd sape tak baca memang rugi la...hehehehe


Nak kongsikan tentang KEKASIH aku! gempak kn... (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

" Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku! "

Copy & paste dari iluvislam.com huaaaaaa

04 January 2011

Petua Nampak Manissss jeee

 A'ehhh tersengaja letak gmbo profile diri sndri he3

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

2. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. *telan air basi sndri..xpela*

3. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. *yg ne boleh cuba*

Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan mereka (bidadari) dengan kejadian (istimewa)
dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan,
penuh cinta lagi sebaya umurnya,
(Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan,

4. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.*huhuhu pnjg la plak surah yusuf ne..perlu amik masa sket*

5. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. *umah atas angin..rumput pun xde*

6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaa.Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

7. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi. *korang jgn mntk wajah mcm JLO k siti nurhaliza k plakk*

8. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan. 

9. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

10. Amalkan solat tahajud.

11. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

12. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

13. Maafkan semua orang sebelum tidur.

03 January 2011

Bye bye 2010... Hai hai 2011

Bersyukur sanggat kerana haku masih bernyawa lagi pada tahun neee. Rasanya tak adalah terlalu delay sanggat kot tok wt entry nee hehehehe diharapkan pada Tahun 2011 ne lebih baik dari Tahun 2010 aminnnn...

Emmm apa la agaknya yang akan berlaku pada tahun nee.. tak payah nak pikir2 la..sebab semuanya dah tertulis.. tapi apa yang pasti masuk je tahun baru ne...umur haku punnn bertambah la..xmau sebut la.. tengok je gmbo nee
  
 P/S huhuhu amik gmbr curi2 kt tpt org lainn..tuan punya tempat jgn mare yeeee 

Masih lagi ruang keje yg sama...emmm cuma meja dah tak goyang2 lg hahahahah.. Perlu k nak mendeco ruang keje...emmmm akan dipertimbang knn


Azam tok tahun neee... nak kawennn sebab mber2 semua dh nak kawen..jd nk join dia orag gakkk xkira3..nak keta besor..nak rumah besor..nak suami besorrr ehhh xmau2 nk suami hartawan, dermawan, jutawannn amboiii aikkk

Hari tu tengok MHI.. orang jemputan tu kata kalau nak wt azam kena tulis tak boleh main save dalam otak je.. lagi dia kata kena ada 3  perkara : 

1. Perkara baru yang akan dibuat 
2. Perkara yang akan ditinggalkan 
3. Perkara yang perlu diteruskan

Sooo haku dh plan...
1. Perkara baru yang perlu dibuat - belajor masak hahahahaha
2. Perkara yang akan ditinggalkan - berhenti makan sebelum kenyang
3. Perkara yang perlu diteruskan - makan lagiiii hahahahah

dus dus dussss masih tak sedo sedo diri lagiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails