29 June 2011

Penat wey..versi 2

ehem ehemmm....kali ne tak tunjuk bukti GEMPAK punya...

"beautiful night"...kena masuk utan malam2..ne baru je lepas kuwa utan..

wt poco poco...w.pun perak dh haram kn tapi kt PD boleh lagi...

kena wt rakit sndri..bersungguh2 la haku ikat..last2 kena tukar2 ngan group lain...cit!

tok wt rakit buluh...buluh bwh kena lbh pnjg dr buluh bhgn ats.. jarak buluh bwh 1kaki x 2 kaki x 1 kaki.. buluh ats..2 kaki x 1 kaki x 2 kaki.. eh!yeke...huhuhuhu

kena basah kn dri sblm berakit..

group plg last smpi...huhuhuhu bendera lak terjatuh dalam air..tak dpt diselamat kn...

ne bukan aksi gantung diri ok...

hahahahaha aku bukan pandang pun bola merah tu.. yg haku pikir tak sabo nk turun..

hahahahaha kelakOr gambo ne..

27 June 2011

Penat wey....

halu haluuuu nk habak ne...haku br je balik dr Eagle ranch resopt PD..gelap dh kulit2 ne...kasar dh jari2 ne huaaaaa..penat je haku memutihkan dan melicin kn kulit..dlm masa 3 ari je terus jd rentung!

Sebenarnya g kursus jati diri yang xberapa nk jati ne...disebab kn haku ne terover amik gambo.. jd korang layan kn je la ye...

welcome to my room

kunci bilik yang beso gabak kicin dia


tempat aku skodeng org..ingat kn org luar xleh nmpk.. rupanya sangat la jelas cermin tuuu.. wt malu jee


lampu yg xmau mau idup

3 in 1 yg haku dh rembat bawak balik umah hehehehee


Ne bukan dekat dkt air terjun k apa k...tp  dkt bilik mandi ok..

dan yg plg best skali..bilik mandi ne tersangat la open...ha3.. sanggat risau ye time nk mandi tuu asik jengok2 kt atas je.. mn la tahu ada org mengintai panjat pokok k...huhuhu

ne lak game yg giler mencabar.. kte org kena wt gak semua game ne...

caya k....??


sebenornya...1 game je yg kte org wt.. panjat tiang elektrik ne.. berani mati btul! dh panjat kena lak lompat tampor bola merah tu.. aku ne dh la gayat orgnya hua...bila dh panjat kte kena diri kt puncak tiang tu.. beso tiang tu cuma 2 tapak kaki je.. time nk terjun tu rasa mcm nk pitam je..

ada gak la org yg lebih gayat dari haku...dia dh panjat sampai puncak tapi gayat nk terjun.. haku mmg berdoa la spy dia peluk tiang tu sampai malam supaya haku tak payah panjat lak hehehehe

Ada lg benda yang menarik..tapiiii gambo xde lak.. kte org masuk utan time malam...dan lagi best kte org buat rakit sendiri...tu la bnda yg wt jari jemari ku kasar..nasib tak roboh rakit tu dkt tengah2 laut

ne muke2 letih time tgu bas tok balikkkkkkkk

15 June 2011

Geramnyaaaaaaa

Macam mana  semua semuaaa senarai blog haku boleh ilang????... sape yang ilang kn... jawap2... huahuahuaaaaa

Ne yang haku malas nk g cari balik neee...

14 June 2011

My Nephew

Sekarang dh bertambah hero dalam famili haku... mak ayah anaknya semua perempuan.. bila dapat cucu semua lelaki...amik ko!

09.06.2011 pukul 3.14am berat 3.0kg

Anak bujang angah ke-3

Abang long

Dah 8 tahun haku berhenti basuh kasut sekolah...

Anak sedara haku  yang sulung basuh kasut ngan tak basuh kasut sama je haku tengok.. dia kata dh siap basuh.. tp haku tengok kasut basah penuh sabun ngan hitam2 tak ilang punn.. iyela..budak br 5 tahun..haku g la ngajo dia basuh kasut betul2..last2 haku yg basuh sampai abis.. bukannya ngajo

Abang Ngah

Yang ne..klu menjerit..mak ai..boleh pekak telinga haku..punya la nyaring.. Muke nmpk budak baik..tapi nakal boleh tahan gak.. hobi dia main moto mainan..bunyi moto tu pun dh wt pening kepala haku.. so.. kena sllu nyorok kn moto tu..

Ini la moto yg haku cakap kn tu....klu nk nyorokkan kena time dia leka..& jgn bg dia nmpk.. klu nk soh org lain nyorok kn time dia ada kena mengeja... "tolong nyorokkan M.O.T.O tuuuu cepatttttt!"

08 June 2011

Tiramisu

Buat pertama kalinya haku nk cita pasal resepi hehehehe mungkin sebab haku pose ari ne kot..pagi tadi xsempat nk sahur huahuaaaa xleh nk mkn jdnya tgk gmbr mknan pun jadi la...

Rasa macam nk try je wt tiramisu ne.. xde la susah sgt cara nk buatnya..cuma haku je entah bila tahun nk buat..

Tiramisu cup


Tgk gmbo je pun dh tertelan air liuh

Bahan-bahan asas :
1 peket biskut tiramisu
*klu xde blh guna 1 gulung kek swiss roll dihiris nipis @ biskut marie je..*
250 gm keju cream (philidephia)
125g whipped cream
125g whipping cream
*kalau xde whipped cream boleh guna 250g whipping cream tp.. klu dua dua pun xde gantikan dgn 150ml yogurt asli*
1/2 cawan gula halus ~ optional
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe @ guna yg 3 in 1
sedikit buah hiasan @ serbuk koko~ optional

Cara membuat cream :
1). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula, pukul seketika.
2). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
*Klu hnya menggunakan whipping cream @ yogurt shj.. campurkan adunan (1) + whipping cream @ yogurt
3). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese.

Cara penyedian biskut @ kek roll :
Celupkan biskut sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dalam cup

Bahan Tambahan
Korang boleh pilih salah satu bahan tambahan yang korang ske..kalau tak nak letak pun xpe..

A). Bahan untuk syrup: (4 cup)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
1 sudu kecil gelatin (halalgel) nak kasi syrup tu tak cair sgt ~ optional
sedikit jus dan parutan kulit lemon ~ optional

Cara penyedian syrup :
Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Tambah 1 sudu kecil gelatin dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nk kasi syrup tu tak cair sgt)

B). Bahan Untuk membuat agar2
150 ml air
1 sb. serbuk agar-agar

cara penyediaan agar2 :
Masak semua bahan hingga mendidih dan masukan dalam adunan membuat cream, kacau rata.

C). Kalau rasa malas gak nk buat..korang letak je ais krim...

Cara untuk melapis :
Mula2 letak sedikit bahan tambahan yg korang ske tu.. 
kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya.
Blh juga susun buah jika ada.
Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa byk layer pun
kemudian tutup dengan cling film dan simpan dlm fridge overnight
Hiaskan bila masa nak menghidangkannya...


Tiramisu Kek



Bahan-bahan asas :
1. 1 biji sponge kek (apa2 perisa pun boleh). 
250 gm keju cream (philidephia)
125g whipped cream
125g whipping cream
*kalau xde whipped cream boleh guna 250g whipping cream tp.. klu dua dua pun xde gantikan dgn 150ml yogurt asli*
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe @ guna yg 3 in 1
sedikit buah hiasan @ serbuk koko~ optional

Cara membuat cream :
1). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula, pukul seketika.
2). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
*Klu hnya menggunakan whipping cream shj.. campurkan adunan (1) + whipping cream @ yogurt 
3). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese.

Cara untuk melapis :
Potong kek pada 3 bahagian
Susun 1 bahagian dalam bekas
Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
Ulang smpi habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge overnight
Hiaskan bila masa nak menghidangkannya...


Nota-kaki
Lapisan cheese dan cream tidak perlu terlalu tebal, takut cepat muak nanti. Sesuaikan dengan ketebalan kek.

07 June 2011

Membuat urutan terapi sendiri

Nak kongsi cara mengurut bukan mengurat ye...urutan terapi yang korang leh buat sendiri..best knnn

Ini namanya urutan Shiatsu, teknik Shiatsu ini dh lama diamalkan dan telah banyak memberi manfaat, dari segi kesihatan dan kesegaran badan, kepada orang yang mengamalkannya…



Ini pulak titik-titik urutan terapi di tapak tangan dan kaki sebagai panduan bagi sesiapa yang hendak melakukan urutan terapi sendiri, mungkin semasa duduk-duduk rehat atau sambil bekerja….









kalau korang terasa sakit2 semasa diurut..tu tandanya ada penyakit dekat bahagian tu..sebab tu la perlu sentiasa diurut spy dpt melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan....

kalau korang nak tahu lagi banyak info klik tanda penyakit pada badan

06 June 2011

Cinta kita ~ Zed Zaidi ~

Aaaaaaahhhh.....rupanya zed zaidi ni dh pun kawen 29.04.2011 ari tu..haku baru tahu semlm sebab tgk nona.. sop sop sopp

akhirnya... dgn skali lafas

Chumel... semoga berbahagia hingga ke syurga

Sebenar benarnya..nk tunjuk kt korang bagi yang belum tahu la... kad kahwin dia.. sangat sgggt kreatif OK


Luahan yang tercorit dkt kad ne :
Terus Bercinta, kekal selamanya. Mencintai dia adalah satu yang istimewa

Cinta
Terlalu teruka,
Hanya membilang hari bahagia.

Bercinta itu satu kejadian.
Mencintaimu telah ditakdirkan,
seperti suatu mimpi yang tidak dapat dibayangkan…


Dia bertemakan  FB ne sebab dia kenal wife dia melalui FB..so sweet...

03 June 2011

Bulan Allah

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:


Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Rabu, 29 June 2011) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT

Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (3,4 & 5 June 2011) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT

Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi :
"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril as
"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya kepada beliau
"Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu baginda bersabda
 "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi
"Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya
 "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau
"Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda baginda lagi
"Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails