08 June 2011

Tiramisu

Buat pertama kalinya haku nk cita pasal resepi hehehehe mungkin sebab haku pose ari ne kot..pagi tadi xsempat nk sahur huahuaaaa xleh nk mkn jdnya tgk gmbr mknan pun jadi la...

Rasa macam nk try je wt tiramisu ne.. xde la susah sgt cara nk buatnya..cuma haku je entah bila tahun nk buat..

Tiramisu cup


Tgk gmbo je pun dh tertelan air liuh

Bahan-bahan asas :
1 peket biskut tiramisu
*klu xde blh guna 1 gulung kek swiss roll dihiris nipis @ biskut marie je..*
250 gm keju cream (philidephia)
125g whipped cream
125g whipping cream
*kalau xde whipped cream boleh guna 250g whipping cream tp.. klu dua dua pun xde gantikan dgn 150ml yogurt asli*
1/2 cawan gula halus ~ optional
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe @ guna yg 3 in 1
sedikit buah hiasan @ serbuk koko~ optional

Cara membuat cream :
1). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula, pukul seketika.
2). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
*Klu hnya menggunakan whipping cream @ yogurt shj.. campurkan adunan (1) + whipping cream @ yogurt
3). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese.

Cara penyedian biskut @ kek roll :
Celupkan biskut sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dalam cup

Bahan Tambahan
Korang boleh pilih salah satu bahan tambahan yang korang ske..kalau tak nak letak pun xpe..

A). Bahan untuk syrup: (4 cup)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
1 sudu kecil gelatin (halalgel) nak kasi syrup tu tak cair sgt ~ optional
sedikit jus dan parutan kulit lemon ~ optional

Cara penyedian syrup :
Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Tambah 1 sudu kecil gelatin dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nk kasi syrup tu tak cair sgt)

B). Bahan Untuk membuat agar2
150 ml air
1 sb. serbuk agar-agar

cara penyediaan agar2 :
Masak semua bahan hingga mendidih dan masukan dalam adunan membuat cream, kacau rata.

C). Kalau rasa malas gak nk buat..korang letak je ais krim...

Cara untuk melapis :
Mula2 letak sedikit bahan tambahan yg korang ske tu.. 
kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya.
Blh juga susun buah jika ada.
Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa byk layer pun
kemudian tutup dengan cling film dan simpan dlm fridge overnight
Hiaskan bila masa nak menghidangkannya...


Tiramisu Kek



Bahan-bahan asas :
1. 1 biji sponge kek (apa2 perisa pun boleh). 
250 gm keju cream (philidephia)
125g whipped cream
125g whipping cream
*kalau xde whipped cream boleh guna 250g whipping cream tp.. klu dua dua pun xde gantikan dgn 150ml yogurt asli*
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe @ guna yg 3 in 1
sedikit buah hiasan @ serbuk koko~ optional

Cara membuat cream :
1). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula, pukul seketika.
2). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
*Klu hnya menggunakan whipping cream shj.. campurkan adunan (1) + whipping cream @ yogurt 
3). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese.

Cara untuk melapis :
Potong kek pada 3 bahagian
Susun 1 bahagian dalam bekas
Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
Ulang smpi habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge overnight
Hiaskan bila masa nak menghidangkannya...


Nota-kaki
Lapisan cheese dan cream tidak perlu terlalu tebal, takut cepat muak nanti. Sesuaikan dengan ketebalan kek.

4 comments:

Edura Hanum said...

wah...ko wat yanie
nanti bagi aku sikit.
aku sanggup turun jumpa ko if ko buat nie.nak merasa juga air tngan orang

UcU said...

klu tkt nk rasa air tangan haku...sekarang pun boleh ha3

Edura Hanum said...

cer wat dulu.
jadi roger aku beb

UcU said...

tgu la haku wt rasa sorang2 dlu.. klu ok haku bg tahu he3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails