Showing posts with label I luv Islam. Show all posts
Showing posts with label I luv Islam. Show all posts

03 June 2011

Bulan Allah

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:


Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Rabu, 29 June 2011) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT

Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (3,4 & 5 June 2011) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT

Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi :
"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril as
"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya kepada beliau
"Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu baginda bersabda
 "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi
"Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya
 "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau
"Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda baginda lagi
"Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

13 January 2011

My Cayangku...

Kali ne nak cita jiwang2 sket... bukan senang aku nak cita hal cintan cinton ne.. jd sape tak baca memang rugi la...hehehehe


Nak kongsikan tentang KEKASIH aku! gempak kn... (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

" Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku! "

Copy & paste dari iluvislam.com huaaaaaa

15 November 2010

What You Give, You Get Back


"Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu"

Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita...

Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?

"tak logik bukan.. kerana kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."

"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?''

"Pasti ada! InsyaAllah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"

"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

Ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. what you give, you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."

"Maksudnya?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."

"Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?"

"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,"

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"

Penulis asal Ustaz Pahrol Mohd Juoi & telah diedit oleh

17 June 2010

Wuduk

Niat ketika mengambil wuduk :


Ketika Berkumur :

" Ya Allah... ampunilah dosa mulut dan lidah ku ini "


Ketika membasuh Muka :

" Ya Allah... putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini "

09 April 2010

Zikir Harian

" Dengan berzikir kepada Allah gumpalan ketakutan... kecemasan dan kesedihan... akan lenyap. Selain itu segala beban hidup dan masalah kehidupan akan hilang "


Kesan Berzikir Pada Otak

Apabila kita berzikir, dengan mengulagi kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini memyebabnya berlaku satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang kali aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambahkan tenaga bio-elektrik. Lama kelamaan kumpulan saraf yang aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak akan menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melibat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kritif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak bergitu. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Rasulullah bersabda :

"Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyak zikir mereka, sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa" (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

"Barangsiapa yang duduk atau berbaring di suatu tempat dan ia tidak berzikir kepada Allah, maka orang itu ada kekurangan dari Allah" (Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

"Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan zikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu" (Riwayat Termidzi, Hadis Hasan)

"Hendaklah kamu berzikir kepada Allah, sehingga orang-orang mengatakan bahawa kamu telah gila" (Riwayat Al Hakim)

08 April 2010

Matematik dalam Al-Quran

Dr Tariq Al Swaidan menemui beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain...


Jumlah perkataaan dalam Al-Quran

1. Dunia = 115 & akhirat = 115
2. Malaikat = 88 & Syaitan = 88
3. Hidup = 145 & Mati = 145
4. Maafaat = 50 & korup = 50
5. Manusia = 50 & Rasul = 50
6. Iblis = 11 & cari perlindungan dari Iblis = 11
7. Musibah = 75 & Terima Kasih = 75
8. Sedekah = 73 & Kepuasan = 73
9. Orang yang disesatkan = 17 & Orang Mati = 17
10. Muslimin = 41 & Jihad = 41
11. Emas = 8 & kehidupan senag = 8
12. Magik = 60 & Fitnah = 60
13. Zakat = 32 & Barakah = 32
14. Fikiran = 49 & Cahaya = 49
15. Tongue = 25 & sermon = 25
16. Berani =8 & Takut = 8
17. Public Speaking = 18 & Publicising = 18
18. Hidup susah = 114 & Sinar = 114
19. Lelaki = 24 & Perempuan = 24

Dan yang lagi luar biasa....

18 March 2010

Khusuk Dalam Solat

Kita ini kadang-kadang susah nak khusuk dalam solat kan kan kan.. kalau tengah lapo tu.. nampak ayam berjoget-joget depan sejadah... kalau la kena solat macam gambar dekat bawah ini, saya akan terbayang.. "kalau lah kayu ne patah, abis la aku... dah la tak geti berenang... dalam sungai ni ada buaya ke tak...". Jadi dekat bawah ne saya ada cara-cara untuk khusuk dalam solat... tapi tak ingat pulak dapat sumber ini dari mana.


Bayangkan........

1. Allah berada di hadapanmu
2. Syurga di sebelah kananmu
3. Neraka di sebelah kirimu
4. Malaikat maut berada di belakangmu
5. Seolah-olah berdiri di titian Sirratul Mustaqim
6. Menggangap bahawa solat kali ini adalah solah terakhirmu

Gambaran Tentang Rasulullah

Para sahabat yang pernah meneliti tubuh Rasulullah saw mengatakan :

1. Aku belum pernah melihat lelaki sekacak Rasulullah saw
2. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya
3. Bila melihat Rasulullah saw, seolah-olah sedang melihat matahari terbit
4. Apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama
5. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya
6. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak jelas semasa marah
7. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
8. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya
9. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri
10. Mulutnya sederhana luas dan cantik
11. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan
12. Janggutnya penuh dan tebal menawan
13. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca
14. Rambutnya sedikit ikal, tebal dan kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi diisir rapi
15. Rambutnya terbelah di tengah
16. Dadanya bidang dan selaras dengan perut
17. Tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air
18. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan lagi bercahaya
19. Badannya cenderung kepada tinggi
(dipetik dari buku Mengenai Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails