16 March 2010

Ex-student Part 1

Dekat tajuk Ex-STUDENT ne, nak cerita sikit dekat korang kenangan-kenanganku semasa zaman belajor dulu.... banyak sanggat sanggat kenangan manis, bila diingatkan balik boleh senyum sorang sorang... Part 1 ini nak mulakan semasa belajo dekat Sekolah Menengah Teknik Kluang Johor.

Memang nak sangat belajo dekat sekolah teknik, rasa macam bangga sangat la bila dapat masuk Sek. Teknik... Lagi pun memang nak merasa duduk asrama... dekat sana ambil Pengurusan perniagaan (PPN) nak jadi bissnes women la konon-kononnya...

Sekolah ni terletak di tepi Jalan Mengkibol, kira-kira 3km dari bandar kluang. Daftar masuk pada tahun 2002...time tu genap 25 tahun usia sekolah ini. Teka, sambut Jubli apa?... Jubli perak... Kiranya kita orang ini adalah pelajar baru yang bertuah la... mula-mula tu sedih gak berjauhan dengan mak ayah, tapi lama-lama seronok lak... jumpa ramai kawan dari pelbagai daerah..


Sekolah ni canggok dekat puncak bukit... memamg memenatkan, kena mendaki... sebab itu lah diri ini tak besar-besar.. sebelah kanan itu padang dan belah kiri ada asrama lelaki gatal. Bila perempuan lalu je semua jadi kluangman. Asrama perempuan lak punya la jauuuh.. Bila time balik Kampung, bawak bag punya la besar + berat, mana taknya macam-macam angkut dari rumah. Dengan biskut yang bermacam-macam jenis, kena la bawak lebih untuk bagi member-member sikit, tak akan nak makan sorok-sorok dalam loker, macam tikus mondok pulak, tak campur lagi bawak balik semula baju kotor yang dh seminggu tak basuh, cadar lagi......
Lepas daki bukit tadi tu, kena daki bukit ni pulak untuk ke asrama aspuri, lepas tu kena turun tangga dan naik tangga balik... memang bila sampai dorm tak toleh sapa-sapa lagi.. terus rebah dekat katil.. Time orentasi dulu...malam-malam ada je yang menangis teringat kt mak, ayah..boyfriend???. Aku tak adalah sampai malam-malam nangis bawah bantal. Tapi...bila call rumah, mak ayah baru je beri salam dh menangis sampai tak leh nak cakap huhuhu

Ini asrama aspura, tak jumpa la pic asrama aspuri... Perkara yang tak suka duduk asrama ni.. 1. tiap-tiap pagi baldi mesti ilang, tension betul..apa la yang menarik sangat dekat baldi aku tu... 2. Hal sidai baju tak payah cita la..memang kadang-kadang tertukar.. baju lak sama je.. (baju sek, baju rumah sukan, baju batik). 3. Kalau bab nak guna mesin basuh lak, kena tunggu giliran, jawabnya tak basuh la baju... akak-akak senior dah kongka sampai malam.. 4. kita orang budak baru kena hormat gila dekat senior, tapi bila nak hormat dekat abang-abang senior akak senior kata kita gatal pulak... Tapi, hal-hal macam ne la yang jadi kenangan. Mber dorm lak dalam 27 orang jadinya macam-macam perangai.. ada yang tangan ketam, ada cakap macam LRT non stop yang kuat tidur memang ramai la..termasuk aku. Dulu duduk dorm canggih (ici). Dorm yang sentiasa menang pertandingan "Dorm Terbersih", ganjaran nya...zoom MELAKA.


Cita dekat kelas pulak, kita orang digelar "sleeping beauty". Cikgu mengajar dekat depan, kita orang boleh tidur dekat belakang, aku lak pantang tengok orang tidur, Katanya sebab makan nasi kawah, tapi aku ne dah kaki tidur, makan nasi apa pun tidur jugak.. Mber kelas adalah dalam 26 orang. Lelaki cuma 4 ketol je.. eemmm suasana yang tak menarik.. si tinggi mat lesung pipit, si sedang2 mat skema, si sihat2 mat bler, dan si kecik2 mat misteri. Teringat dekat Cikgu Md Zan the lion king, satu-satunya kelas yang aku tak akan mengantuk, dia ngajar APM, bila time kelas dia..berdebar-debar jantung, rasa nak terkucil la...Kalau kita orang buat salah, dia main liku kepala je...

Ne la tempat kita orang selalu membincangkan isu-isu semasa time rehat *cewah-cewah* dan tempat ini jugak la cikgu displin mencari mangsa, kalau sape-sape yang mengelat nak balik awal memang tak akan lepas... Nak cita balik la pasal asrama.. Time tu ngah musim "mistik" kite orang malam-malam study dekat dewan makan.. ada sorang member ni rasa nak terkucil plak.. dia ajak aku teman kn.. aku ne dah la takut nak teman kn dia.. "ko ne tak ada calon lain ke nak ajak? tahan la sikit..." kejam kn. Tapi lama-lama dia meraju ajak teman gak, kesian lak tengok dia dh mengigil-gigil tahan kencing huhuhu kang batu karang lak anak orang ne.. teman kn la jugak.. time dia masuk toilet aku punya la rapat dengan pintu toilet tu lagi bape inci je lagi boleh cium pintu toilet, siap berdoa lg "Ya Allah lindungi la aku dari benda-benda tu", muka memang tak berani nak toleh kiri kanan la.. Bila member aku tu buka je pintu toilet dua-dua terkejut huhuhu... sejak dari kejadian tu la dia selalu mengusik aku... kadang-kadang dia menyorok dan sergah aku.. time tu memang menjerit tak ingat dunia la... ne kalau cikgu kawat dengar, mesti aku dilantik jadi ketua platun huhuhu.

2 comments:

siMa said...

x de citer ke pasal aku huhu

pelangi chenta said...

ha3...
tergelak and tersengih aku sorang2 bc kisah nie..
sweet sangatkan knangan kat teknik..
rasa nak jengguk ke sana jek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails