"MAKAN UNTUK HIDUP KE, HIDUP UNTUK MAKAN ?"
1. Jangan Makan Makanan Bergoreng
Masaklah mi dalam air, jangan digoreng. Bergitu juga dengan nasi. Sajikan nasi yang ditanak / kukus, jangan digoreng. Memilih daging juga lebih baik yang dipanggang. *Tapi tadi baru je makan keropok goreng, cekodok goreng, pisang goreng & kopok lekor goreng*
2. Kunyah Perlahan
Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan cubalah menikmati makanan sewaktu berada dalam mulut. Dengan demikian akan memyebabkan perut cepat kenyang dan membantu mencegah makan terlalu banyak. Kunyahlah makanan setidaknya 40 kali sebelum menelan supaya makanan mudah hadam.
3. Ambil Sedikit
Ambillah makanan pertama sedikit demi sedikit bila masih lapar *jangan maksud sedikit tu seperiuk lak*. Cara ini dilakukan agar anda tidak merasa terpaksa harus menghabiskan makanan yang sudah berada di pinggan.
4. Tinggalkan Meja Setelah Selesai
Segera meninggalkan meja makan setelah selesai dan jangan dilanjutkan dengan berborak. Ini dilakukan untuk menghindari dari keinginan mengambil makanan dari sana-sini *cuba test rasa makanan member supaya lain kali boleh beli dekat kedai mak cik tu pulak* dia atas meja sehingga tidak terasa perut menjadi terlalu kenyang.
5. Hindari Kadar Gula Dan Lemak Tinggi
Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti kek coklat, kuih yang manis-manis, mentega, susu berkrim, aiskrim dan lain-lain.
6. Makan Banyak Buah
Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan, dan karbonidrat dapat menjaga jumlah kolori yang masuk agar sesuai dengan keperluan. *seeloknya makan buah dahulu sebelum makan nasi, nak lagi cepat kenyang pilih la buah yang besar-besar macam pisang k..*
7. Waspada Minuman Bersoda
Minum minuman ringan bergula,berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para penyelidik Amerika yang diterbitkan oleh The British Medical Journal The Lancet, remaja perlu segera mengurangi minuman bersoda dan junk food yang berisiko menganggu kesihatan. "kami menemukan selalu ada minuman ringan di setiap hidangan tambahan, dan risiko kegemukan meningkat kira-kira 50 percent" kata Ludwig.
8.Kurangkan Menonton TV
"Kegemukan tidak ditekankan hanya satu faktor, iaitu minuman ringan dan masalah gizi, melainkan juga kebiasaan seperti menonton TV" ungkapan Ludwig. Kebanjiran program di TV, termasuklah film-film katun dan telenovela seperti adamaya, alif firdaus, bila musang berjangut *alamak! cerita aku tu* membuatkan kita semakin lama duduk di depan TV sambil mengunyah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang gerak dan mudah menjadi gemuk.
"MAKAN SECARA SIHAT, SIHAT SEPANJANG HAYAT"
Sumber diperolehi dari Puan S lagi...
7 comments:
melainka tu apa?
mimuman tu apa pulak
Terima kasih kepada cikgu bahasa melayu saya... kerana selalu meneliti ejaan saya...
tapikan yanie.aku rasa ko xyah ar amalkan dekat atas tue
camane pun ko still kerempeng juga....grrrrr(jgn mare)=)
Tu...aye setuju sangat2. Oklah yan, kalau aye amalkan pemakanan seperti di atas, tapi masih lagi gemuk macam mana. Apa kata pakar pemakanan
Pakar pemakanan nak jawab ne.. "walaupun badan kurus..tapi pemakanan perlu dijaga juga untuk kesihatan"
saya sedang cari info menurunkan berat badan untuk berkongsi dengan pembaca blog saya .. dan jumpa blog awak ... (banyak info menarik)
visit blog saya ya :
khairulbariyahmasrakin.blogspot.com
Post a Comment