04 January 2011

Petua Nampak Manissss jeee

 A'ehhh tersengaja letak gmbo profile diri sndri he3

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

2. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. *telan air basi sndri..xpela*

3. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. *yg ne boleh cuba*

Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan mereka (bidadari) dengan kejadian (istimewa)
dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan,
penuh cinta lagi sebaya umurnya,
(Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan,

4. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.*huhuhu pnjg la plak surah yusuf ne..perlu amik masa sket*

5. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. *umah atas angin..rumput pun xde*

6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaa.Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

7. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi. *korang jgn mntk wajah mcm JLO k siti nurhaliza k plakk*

8. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan. 

9. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

10. Amalkan solat tahajud.

11. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

12. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

13. Maafkan semua orang sebelum tidur.

4 comments:

pelangi chenta said...

aku nak nampak manis and comei jekkkk.hehehehe
so kenalah amalkan petua yang mak nenek bagi kan. =)

UcU said...

jgn tersalah amal kn sudahhh kang jd cpt tua plak he3

pelangi chenta said...

umo tue mmg secara realiti dah tua.tapi cam terasa nak muda saje kan

UcU said...

umar hanya pada angka..tidak orgnya huaaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails