02 June 2011

Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim & Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat Kajang


Haluuuuu.... ari ne dh sharing la pasal kejadian tanah runtuh ari 2.. korang pun mesti dh tahu kan kan kannnn.. haku biasa la selalu macam siput dol nk update blog..

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Persatuan Anak Yatim, Hulu Langat pada pukul 2.20 petang, Sabtu 21 Mei 2011 yang pada ketika itu kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.

Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja yang mana kesemuanya adalah terdiri daripada lelaki.

Kejadian jam 2.30 petang kelmarin itu mengorbankan 16 mangsa, manakala 9 yang lain cedera...




Antara yang terselamat..






Mangsa tertimbus takbir sambil minta diselamatkan

AMPANG: “Tolong aku. Allahuakbar! Selamatkan kaki saya, Allah bersama kita – adalah antara laungan yang kedengaran daripada mangsa tertimbus sebelum suasana menjadi sepi kira-kira 30 minit kemudian.

Keadaan di madrasah yang pada mulanya ceria dengan nyanyian nasyid disusuli paluan kompang bertukar dengan jeritan dan laungan sebaik gegaran dirasakan sebelum tanah runtuh. Mangsa, Mohd Harris Izzudin, 11, yang cedera di kaki kanan dan tangan kiri akibat tersepit berkata, semuanya berlaku terlalu cepat. “Ketika kejadian, saya di dalam dewan sebelum mendengar jeritan kawan bahawa berlaku tanah runtuh.

“Ketika berusaha menyelamatkan diri, kaki dan tangan saya dihempap batu dan tersepit sebelum dikeluarkan 30 minit kemudian,” katanya ketika ditemui di Hospital Ampang di sini, semalam.

Mohd Harris yang masih trauma akibat kejadian itu berkata, beliau sedih melihat keadaan rakan yang terperangkap dan menjerit kesakitan serta meminta pertolongan.

“Saya lihat dan dengar dengan jelas, ada yang melaungkan azan, menyebut Allahuakbar dan menjerit meminta diselamatkan.
Ada yang sebahagian badan sudah tertimbus melambai tangan meminta tolong, namun keadaan menjadi senyap selepas 30 minit kemudian,” katanya.

Sementara itu, Mohd Alauddin Safri, 14, yang tersepit tangan ketika mencari adiknya, Mohd Azim, 10, yang hilang berkata beliau diselamatkan 30 minit kemudian.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam), saya dimaklumkan adik meninggal dunia selepas dikeluarkan daripada runtuhan itu jam 5 pagi (semalam),” katanya sambil menitiskan air mata.

lain-lain >>>

Bagi korang yang nak hulurkan bantuan bolehkan terus ke akaun ne...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails