Ini adalah carta organisasi keluarga Maharaja Jepun... Perasan tak dia orang belum ada zuriat lelaki... ha.... kemungkinan besar Negara Jepun akan diperintah oleh wanita kerana tiada waris lelaki... TAPI.... pada 6 september 2006, telah lahirnya seorang putera yang sanggat sanggat comel cute meut pada tarikh itu...
Ini la Yang Amat Mulia Diraja Putera Hisahito yang merupakan anak ke 3 Putera dan Puteri Akishino, beliau di lahir kan di sebuah klinik swasta di Tokyo pada 8.27am dan beratnya 2556g . Namanya membawa maksud " ketenangan dan ukuran moral tertinggi". Namanya dipilih oleh ayahandanya yang meletakkan kotak kayu paulownia berisi nama Hisahito yang ditulis tangan pada sekeping kertas wasyi Jepun dan diletakkan di tepi bantal anaknya.
Putera Akishino dan isterinya Puteri Kiko turut mempunyai 2 orang anak perempuan . Namanya Puteri Mako yang lahir pada 23 Oktober 1991 dan Puteri Kako lahir pada 29 Disember 1994.
Putera Hisahito telah menjejak umur 3 tahun. Diberi nama timbangan 'Yuyu' dan 'Yuchan'. Mereka amat menyayanginya kerana Putera adalah anak lelaki pertama dalam ketuturan diRaja Jepun dalam masa 4 dekat ini. Akhbar tempatan menyiarkan gambar-gambar Putera tersebut memakai kimono yang disulam dengan imej burung jenjang, simbol Negara Jepun dan panjang usia.
Bapa saudaranya, Putera Mahkota Naruhito merupakan waris pertama yang menjadi maharaja, diikuti adik lelakinya Putera Akishino. Putera Naruhito dan isterinya, Masako mempunyai seorang anak perempuan Puteri Aiko yang mungkin mewarisi tahta tersebut sekiranya undang-undang dipinda bagi membenarkan wanita mengantikan Maharaja.
No comments:
Post a Comment