25 March 2010

Earth Hour

Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF dan The Sydney Morning Herald pada tahun 2007 bagi menangani masalah pemanasan global. Penduduk dunia disarankan tidak menggunakan peralatan elektrik selama 1 jam sahaja pada hari sabtu terakhir bulan March setiap tahun. Pada tahun ini Earth Hour diadakan pada 27 March 2010 bermula jam 8.30pm.

Pemanasan Global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal. Pemanasan berlaku disebabkan aktiviti manusia sendiri seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, pemotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di perut bumi.


Kesan sainstifiknya tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air meningkat dan keluasan saiz laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusian termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Isu pemanasan global adalah isu dunia. Negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar. Langkah-langkah seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. walaupun sumbangan anda mungkin tidak seberapa, namun dapat memberi keselesaan dan keselamatan pada penduduk dan jenerasi akan datang

Earth Hour tahun lepas, memang saya dan mber rumah ada padamkan lampu.. tapi lampu sahaja la.. TV terpasang huhuhu. Kita orang bukan sahaja tunggu setiap hari sabtu hujung bulan mach baru tutup lampu, tapi boleh kata, selalu tutup lampu sambil tengok TV, jimat elektrik sikit kan kan kan... bagi cerita yang seram bertambah seram, cerita sedih bertambah sedih kalau cerita yang boring terus Zzzzzzz......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails