25 March 2010

Talasemia

1 daripada 20 rakyat Malaysia adalah pembawa gen

Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Talasemia merupakan penyakit keturunan daripada ibubapa dan melibatkan kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

Talasemia ada 2 jenis
1. Pembawa gen talasemia (Talasemia minor)
2. Pesakit talasemia (Talasemia major)

Pembawa Gen Talasemia (Minor)
Pembawa hanya boleh dikesan melalui ujian Talasemia dan boleh diturunkan kepada anak-anak

Tanda dan Gejala Penyakit Talasemia (Major)
1. Kanak-kanak pada usia 3 hingga 18 bulan, mula mengalami masalah anemia yang serius
2. Keadaan pucat yang ketara, sentiasa lemah dan resah
3. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
4. Jaundis *jangan tanya...saya pun tak tahu apa benda tu*
5. Perut buncit disebabkan pembengkakkan hati dan limpa
6. Tumbesaran terbantut
7. Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan tulang di bahagian muka

Rawatannya :

Pesakit memerlukan transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat

Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.


5 kali seminggu diperlukan untuk rawatan penyingkiran zat besi yang berlebihan


Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga


Jalani ujian talasemia sekiranya :
1. Remaja
2. Mempunyai sejarah keluarga
3. Ingin mendirikan rumahtangga


Kesimpulannya:
korang kena elak daripada berkahwin sesama pembawa gen talasemia... Jadinya korang kenalah wujudkan syarat sebelum COUPLE kena buat ujian Talasemia dahulu..... kalau si dia positif talasemia, bak kata Nabil "lu pikir la sendiri" Tapi kalau dah jodoh...jangan la risau.. kan ada rawatannya, cuma berisiko besar pada anak-anak korang nanti...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails