31 March 2010

SPA Dr. Fish

Di hari minggu yang indah... 2 gadis comel bersiar-siar di KL *poyo la* sebenarnya nak story dekat korang SPA terapi ikan. seronok tau... time tu kita orang buat dekat Time Square RM5 dalam 15mnt. Setelah penat jelajah 1 bangunan time square, rehat kan kaki sekejap...

Ini masa mula-mula masuk kan kaki *macam lapo sangat je ikan ini*

Sebelum celupkan kaki, kena la bilas kaki tu dahulu untuk menghilangkan kotoran, lotion yang korang pakai...kang pengsan pulak ikan-ikan tu... Tapi ada di sesetengah tempat, korang leh celup 1 badan...*wah....lagi geli* tapi bukan di Time Square la... Mula-mula nak masuk kan kaki tu siap kira 1..2..3.. lagi dengan mber letak kaki sama-sama supaya ikan itu tak adalah banyak berkumpul dekat kaki yang mula-mula masuk... Agak riuh la kedai tu kita orang kerjakan, mana taknya asik gelak je tahan geli *memang boleh hilangkan stres* nasib baiklah pelanggannya kami ber2 je...
eeeeeee geli gila tahan-tahan

Terapi ini selain dapat membersihkan kulit dapat juga menghilangkan stres korang... ikan Garra Rufa ini sebenarnya hanyalah menghisap kaki sahaja...kenapa dia hisap je? sebab ikan ni tak ada gigi... *hehehe kelakar kan* dan dia akan buang kan balik kulit mati korang tu bukannya ditelan ok... Bagi yang ada cagu k...luka yang besar k...korang beli la ikan ni sendiri dan buat di rumah sahaja ye...

2 comments:

ieYna said...

Pergi ngan sapa boyfriend ke. Dengan orang jepun tu yee...

Anonymous said...

Hai yan..salam ziarah ~ dari org dekat je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails