Budak Hingusan Pertama :-
"simpan gambar katun ne, nanti aku nak buat spot check balik" katun yang tak berapa lawa ini ko suruh aku simpan. ne nak tanya "ko ingat tak katun yang ko sendiri lukis ni ?"
DIA ni aku kenal time umo 5 tahun, dari dulu sampai la sekarang ada je persamaan :
1. satu tadika
2. satu sekolah rendah
3. satu sekolah menenggah (No.1 - 3 biasa la tu )
4. sama-sama masuk Sek.Men.Teknik Kluang dan jurusan yang sama
5. sama-sama ada aktiviti selama 3 bulan selepas abis sekolah ( ko pergi PLKN aku PPAH)
6. sama-sama masuk tingkatan 6
7. sama-sama masuk POLITEKNIK walaupun poli yang berlainan *ko dapat masuk awal 6 bulan dari aku, time tu aku jelous sanggat sanggat*
8. sama-sama exstudent Giatmara (walaupun ko senior aku)
9. Bila kerja pulak, walaupun berlainan tempat kerja, tetapi masih sama agensi
TRADISI : Setiap tahun dari kecik-kecik sampai la sekarang mesti pergi beraya ramai-ramai dengan member sekampung yang sebaya..tapi sekarang dah besor panjang kena tukar time la...kita orang buat time malam..tak ada la orang nampak sangat..
Budak Hingusan Kedua :-
"aku bagi ko pinjam je selipas tu.. tapi ko berminat benor benor pulak, sampai sanggup cari selipar tu 1 johor, nasib baik jumpa, kalau tak...mesti ko kebas selipar aku"
*masa amik pic ne secara kebetulan..bukan selipar je sama...tapi tudung (krim), baju (hitam), seluar jean (biru) pun sama gak... nasib baik budak hingusan pertama ada sekali, nampak la perbezaan sikit..*
DIA ne aku kenal sebelum sekolah lagi... along + angah aku berkawan dengan along dia, tiap kali along dia datang rumah mesti bawah adik- adik dia sekali termasuk la budak hingusan ini... tu yang boleh terkawan...dia ini muda setahun dari aku...
Kita orang kalau berjumpa...selagi tak azan maghrib tak balik rumah.. mak ayah kita orang dah tak kisah...sebab along along kita orang pun macam tu gak.. jadinya bukan salah kita orang la.. ni semua "akak long" yang ajar... ok la tu azan maghrib...dari azan subuh.
kecik-kecik dulu kalau bermain tak ingat nak balik rumah...sampai ko sangup makan tengah hari dekat rumah aku. Tapi sekarang ko dah..*tengok pic bawah*
BERTUNANG! langkah bendol beto! ko jangan kawen selagi aku tak kawen *kejamnya aku*
TRADISI : Setiap tahun famili kita orang mesti datang beraya ke rumah... Awal pagi raya mesti dah anto makanan ke rumah.
Ni nasi beriani yang dihidang macam nasi ambang... gambar dia orang yang sebenar tidak disiarkan, jadi gambor tangan dia orang ajelah... Nak makan nasi sedulang dengan aku ne ada syaratnya :
4 comments:
HINGUSAN PERTAMA : aku la tu org nyer..hehe
TANGAN AKU : yang pakai gelang kalo x silap haha
aku ingatkan ko yg dah bertunang yanie.
ko bl pulak?
tu la dia tak tahu bila... kalau boleh nak ujung mg ne hehehehe
aku tau sapa calon-calonnya...kwang..kwang...jangan mare!!aaaa
Post a Comment