01 April 2010

April Fool

April Fool *hari mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain* merupakan perayaan orang barat yang disambut setiap 1 April, tetapi kini orang Islam juga turut menyambut perayaan ini yang kononnya mengikut peredaran zaman. Ramai orang Islam tidak mengetahui sejarah April Fool merupakan peristiwa berdarah Umat Islam di Sepanyol pada Mac 1487 bersamaan dengan 892M.

Kisahnya bermula.......

Sejak Islam dibebaskan pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Pasukan Islam telah menerangi Sepanyol. Sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk-penduduk Sepanyol memeluk Islam. Meraka dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam dan bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam.

Manakala kaum kafir di Sepanyol pula terus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol. Mereka telah mengupah perisik untuk mencari kelemahan Umat Islam di Sepanyol. Akhirnya mereka menemui dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma di Wilayah Sepanyol dan memperdengarkan muzik untuk kaum muda agar mereka lebih suka menyanyi dari membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan ulama palsu untuk menyemarakkan pepecahan.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan salib. Penyerangan pasukan salib dilakukan dengan kejam dan tidak peri kemanusiaan. Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Setelah tentera salib mengetahui ramai orang Islam bersembunyi di rumah, Tentera salib telah pengumumkan bahawa :

"kalian boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan belayar keluar dari sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan kalian. kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami sediakan di pelabuhan, kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberi jaminan "

Orang-orang Islam curiga dengan tawaran itu, dan beberapa orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal itu di pelabuhan. Setelah melihat kapal itu benar-benar ada di Pelabuhan, meraka segera bersiap-siap menuju ke kapal tersebut untuk belayar.

Pada 1 April....
Setelah ribuan penduduk muslim keluar dari rumah dengan membawa barang keperluan menuju ke Pelabuhan, dengan cepat tentera salib membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama orang Islam yang masih bertahan di dalamnya, ketika ribuan Umat Islam sudah berkumpul di Pelabuhan, kapal-kapal diperlabuhan segera dibakar. Tentera Salib terus mengepung Umat Islam yang berada di pelabuhan dengan pedang yang terhumus, umat Islam tidak boleh membuat apa-apa kerana meraka tidak mempunyai senjata.

Dengan satu terikan dari pemimpinnya, seluruh umat islam di Sepanyol habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

1 comment:

ieYna said...

Bagus, kongsi lagi ilmu yang ada. Insyaallah dapat pahala dan berkat hidup dunia akhirat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails