03 May 2010

Dairi Mat Despatch

Bagi yang pernah baca profil aku, aku ada kata yang aku "dulu suka baca buku komik, tapi sekarang baca baru 2 baris je...buku tu dah baca aku balik..." TAPI semalam aku dah mula start membaca balik huhuhu itu pun sebab Along yang kata buku ne best, sampai dia suruh aku cari lagi buku dari penulis ini, jadi aku pun pinjam la...aku habis kan membaca dalam tempoh + - % * semua dalam 4 jam lebih sikit.

kenapa 4 jam? sebab...aku baca time dalam bas nak balik KL..aku agak bertuah sebab aku boleh membaca dalam keadaan tidak selesa tak akan rasa pening+loya... cuba suruh aku baca buku berunsur pelajaran ke fakta..emmm kejap je...baru baca kulit buku dh Zzzzzz. Baca time nak tunggu ERL, dalam ERL.. sampai rumah je sambung baca lagi dalam 8 helai...THE END

Nak promosi sikit buku ne... harganya tak de la mahal sanggat RM9.90 sahaja dan ada 155 muka surat, penulisnya Baharuddin Bekri. Cerita yang menarik+best..aku bleh gelak sorang2 dalam bas..yela tak akan nak ajak orang sebelah gelak gak sedangkan dia tak baca...

Buku ini mengisahkan seorg pemuda lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan bernama Idlan Rayyan bin Zahid Hamid tetapi bukan nama sebenar kerana dia takut dairi ini dijumpai oleh orang lain yang kenal dia dan orang itu akan tahu rahsia dia dan akan gelakkan dia berdekah-dekah...disebbkan kegawatan ekonomi dan ramai yang fasih bahasa inggeris daripada dia, jadi dia bekerja di sebuah syarikat ejen import eksport sebagai despatch.
Tujuan asal dia membuat dairi adalah untk berlatih menulis dalam Bahasa Melayu Tinggi aka BMT kerana dia nak amik exam menulis bagi menjadi editor freelance aka penyunting sambilan supaya dia boleh bagi duit lebih dekat mak+ayah dan supaya dia tidak ada masalah utk meminang anak gadis orang. Tetapi tujuan asalnya telah menyimpang kerana dia banyak pulak menulis soal hati
aku salin balik la apa yang ditulis tu..

"kepada sesiapa yg menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah dairi. Oleh kerana aku tidak mampu beli dairi, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca dairi ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca dairi ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu"
Tulisan dalam buku ini pun nampak menarik... seolah-olah kita betul betul baca dairi orang lain, ada gak kata kata yang best dalam buku ne.. nanti aku letakkan dalam ruang "THINGKING" aku

6 comments:

siMa said...

aku nk pinjammm buku tuuu...

UcU said...

sehari RM2.00 blh?? hehehe

1na said...

weit.... bagi bos baca dulu... kalau tak potong markah ko

Hmmmph

UcU said...

Takuuutnyaaaa

Nekmo said...

ee....macam best je diari ni..unik sangat..
harga pun murah..

UcU said...

betul3 nenek moden..ada mber saya pinjam..dia pun kata best.. tapi smpi skrg xpulang kn lagi bukunya huhuhuhu best sggat la tuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails