Ini masa mula-mula masuk kan kaki *macam lapo sangat je ikan ini*
eeeeeee geli gila tahan-tahan
Ini masa mula-mula masuk kan kaki *macam lapo sangat je ikan ini*
eeeeeee geli gila tahan-tahan
1 daripada 20 rakyat Malaysia adalah pembawa gen
Tanda dan Gejala Penyakit Talasemia (Major)
1. Kanak-kanak pada usia 3 hingga 18 bulan, mula mengalami masalah anemia yang serius
2. Keadaan pucat yang ketara, sentiasa lemah dan resah
3. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
4. Jaundis *jangan tanya...saya pun tak tahu apa benda tu*
5. Perut buncit disebabkan pembengkakkan hati dan limpa
6. Tumbesaran terbantut
7. Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan tulang di bahagian muka
Rawatannya :
Pesakit memerlukan transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

5 kali seminggu diperlukan untuk rawatan penyingkiran zat besi yang berlebihan

Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga
Jalani ujian talasemia sekiranya :
1. Remaja
2. Mempunyai sejarah keluarga
3. Ingin mendirikan rumahtangga
Kesimpulannya:
korang kena elak daripada berkahwin sesama pembawa gen talasemia... Jadinya korang kenalah wujudkan syarat sebelum COUPLE kena buat ujian Talasemia dahulu..... kalau si dia positif talasemia, bak kata Nabil "lu pikir la sendiri" Tapi kalau dah jodoh...jangan la risau.. kan ada rawatannya, cuma berisiko besar pada anak-anak korang nanti...
Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF dan The Sydney Morning Herald pada tahun 2007 bagi menangani masalah pemanasan global. Penduduk dunia disarankan tidak menggunakan peralatan elektrik selama 1 jam sahaja pada hari sabtu terakhir bulan March setiap tahun. Pada tahun ini Earth Hour diadakan pada 27 March 2010 bermula jam 8.30pm.
Pemanasan Global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal. Pemanasan berlaku disebabkan aktiviti manusia sendiri seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, pemotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di perut bumi.

Kesan sainstifiknya tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air meningkat dan keluasan saiz laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusian termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Isu pemanasan global adalah isu dunia. Negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar. Langkah-langkah seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. walaupun sumbangan anda mungkin tidak seberapa, namun dapat memberi keselesaan dan keselamatan pada penduduk dan jenerasi akan datang

Earth Hour tahun lepas, memang saya dan mber rumah ada padamkan lampu.. tapi lampu sahaja la.. TV terpasang huhuhu. Kita orang bukan sahaja tunggu setiap hari sabtu hujung bulan mach baru tutup lampu, tapi boleh kata, selalu tutup lampu sambil tengok TV, jimat elektrik sikit kan kan kan... bagi cerita yang seram bertambah seram, cerita sedih bertambah sedih kalau cerita yang boring terus Zzzzzzz......
Penduduk di Negara Jepun seramai 128 juta orang, menjadikan negara ke 10 paling ramai penduduk di dunia. WOW bayangkan.... Sebab itu la negara ini juga merupakan negara yang termaju seperti dalam bidang ekonomi, jepun memiliki keluaran dalam negari kasar ke 2 terbesar selepas Amerika Syarikat. Dalam bidang perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport ke 4 terbesar dan negara pengimport ke 6 terbesar di dunia. Dalam bidang teknologi, Jepun adalah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan, dan rabotik, mana tak nya banyak otak yang memikir... lagi pun dia orang ini semua ulat buku..... kalau kita ke sana, duduk saje-saje tak baca buku rasa malu tau * cewah..cakap macam pernah pergi je*
Ini adalah gunung tertinggi di Jepun..Gunung Fuji yang merupakan gunung berapi yang pendam terletak di wilayah dekat pesisir pasifik di pusat Honshu. Tapi aku lebih berminat dekat bunga sakura tu... bunga yang menjadi kebanggaan masyarakat Jepun. Setiap tahun pada bulan April hingga Mei masyarakat Jepun akan berkelah di bawah pokok sakura *best nya....* yang di kenali sebagai "hana-mi" (menonton bunga) ala...macam dalam cerita shin chan tu...
Ini adalah carta organisasi keluarga Maharaja Jepun... Perasan tak dia orang belum ada zuriat lelaki... ha.... kemungkinan besar Negara Jepun akan diperintah oleh wanita kerana tiada waris lelaki... TAPI.... pada 6 september 2006, telah lahirnya seorang putera yang sanggat sanggat comel cute meut pada tarikh itu...
Ini la Yang Amat Mulia Diraja Putera Hisahito yang merupakan anak ke 3 Putera dan Puteri Akishino, beliau di lahir kan di sebuah klinik swasta di Tokyo pada 8.27am dan beratnya 2556g . Namanya membawa maksud " ketenangan dan ukuran moral tertinggi". Namanya dipilih oleh ayahandanya yang meletakkan kotak kayu paulownia berisi nama Hisahito yang ditulis tangan pada sekeping kertas wasyi Jepun dan diletakkan di tepi bantal anaknya.
Putera Akishino dan isterinya Puteri Kiko turut mempunyai 2 orang anak perempuan . Namanya Puteri Mako yang lahir pada 23 Oktober 1991 dan Puteri Kako lahir pada 29 Disember 1994.
Putera Hisahito telah menjejak umur 3 tahun. Diberi nama timbangan 'Yuyu' dan 'Yuchan'. Mereka amat menyayanginya kerana Putera adalah anak lelaki pertama dalam ketuturan diRaja Jepun dalam masa 4 dekat ini. Akhbar tempatan menyiarkan gambar-gambar Putera tersebut memakai kimono yang disulam dengan imej burung jenjang, simbol Negara Jepun dan panjang usia.
Bapa saudaranya, Putera Mahkota Naruhito merupakan waris pertama yang menjadi maharaja, diikuti adik lelakinya Putera Akishino. Putera Naruhito dan isterinya, Masako mempunyai seorang anak perempuan Puteri Aiko yang mungkin mewarisi tahta tersebut sekiranya undang-undang dipinda bagi membenarkan wanita mengantikan Maharaja.

Bayangkan........
1. Allah berada di hadapanmu
2. Syurga di sebelah kananmu
3. Neraka di sebelah kirimu
4. Malaikat maut berada di belakangmu
5. Seolah-olah berdiri di titian Sirratul Mustaqim
6. Menggangap bahawa solat kali ini adalah solah terakhirmu

Lepas daki bukit tadi tu, kena daki bukit ni pulak untuk ke asrama aspuri, lepas tu kena turun tangga dan naik tangga balik... memang bila sampai dorm tak toleh sapa-sapa lagi.. terus rebah dekat katil.. Time orentasi dulu...malam-malam ada je yang menangis teringat kt mak, ayah..boyfriend???. Aku tak adalah sampai malam-malam nangis bawah bantal. Tapi...bila call rumah, mak ayah baru je beri salam dh menangis sampai tak leh nak cakap huhuhu
Ini asrama aspura, tak jumpa la pic asrama aspuri... Perkara yang tak suka duduk asrama ni.. 1. tiap-tiap pagi baldi mesti ilang, tension betul..apa la yang menarik sangat dekat baldi aku tu... 2. Hal sidai baju tak payah cita la..memang kadang-kadang tertukar.. baju lak sama je.. (baju sek, baju rumah sukan, baju batik). 3. Kalau bab nak guna mesin basuh lak, kena tunggu giliran, jawabnya tak basuh la baju... akak-akak senior dah kongka sampai malam.. 4. kita orang budak baru kena hormat gila dekat senior, tapi bila nak hormat dekat abang-abang senior akak senior kata kita gatal pulak... Tapi, hal-hal macam ne la yang jadi kenangan. Mber dorm lak dalam 27 orang jadinya macam-macam perangai.. ada yang tangan ketam, ada cakap macam LRT non stop yang kuat tidur memang ramai la..termasuk aku. Dulu duduk dorm canggih (ici). Dorm yang sentiasa menang pertandingan "Dorm Terbersih", ganjaran nya...zoom MELAKA.
Cita dekat kelas pulak, kita orang digelar "sleeping beauty". Cikgu mengajar dekat depan, kita orang boleh tidur dekat belakang, aku lak pantang tengok orang tidur, Katanya sebab makan nasi kawah, tapi aku ne dah kaki tidur, makan nasi apa pun tidur jugak.. Mber kelas adalah dalam 26 orang. Lelaki cuma 4 ketol je.. eemmm suasana yang tak menarik.. si tinggi mat lesung pipit, si sedang2 mat skema, si sihat2 mat bler, dan si kecik2 mat misteri. Teringat dekat Cikgu Md Zan the lion king, satu-satunya kelas yang aku tak akan mengantuk, dia ngajar APM, bila time kelas dia..berdebar-debar jantung, rasa nak terkucil la...Kalau kita orang buat salah, dia main liku kepala je...
Ne la tempat kita orang selalu membincangkan isu-isu semasa time rehat *cewah-cewah* dan tempat ini jugak la cikgu displin mencari mangsa, kalau sape-sape yang mengelat nak balik awal memang tak akan lepas... Nak cita balik la pasal asrama.. Time tu ngah musim "mistik" kite orang malam-malam study dekat dewan makan.. ada sorang member ni rasa nak terkucil plak.. dia ajak aku teman kn.. aku ne dah la takut nak teman kn dia.. "ko ne tak ada calon lain ke nak ajak? tahan la sikit..." kejam kn. Tapi lama-lama dia meraju ajak teman gak, kesian lak tengok dia dh mengigil-gigil tahan kencing huhuhu kang batu karang lak anak orang ne.. teman kn la jugak.. time dia masuk toilet aku punya la rapat dengan pintu toilet tu lagi bape inci je lagi boleh cium pintu toilet, siap berdoa lg "Ya Allah lindungi la aku dari benda-benda tu", muka memang tak berani nak toleh kiri kanan la.. Bila member aku tu buka je pintu toilet dua-dua terkejut huhuhu... sejak dari kejadian tu la dia selalu mengusik aku... kadang-kadang dia menyorok dan sergah aku.. time tu memang menjerit tak ingat dunia la... ne kalau cikgu kawat dengar, mesti aku dilantik jadi ketua platun huhuhu.