31 May 2010

Ex-student Part 3

OK! dah lama tak sambung cita Ex-Student aku neee... Ne kisah time sekolah rendah, kalau la cikgu bahasa melayu aku tahu aku buat karangan tak ikut urutan mesti kena marah and dapat C- huhuhu...tak kisah laaa...sebab gambo zaman comel ne aku baru je dapat...

Time ne aku darjah 2 Zamrud. Masalah aku sekarang neee...aku tak ingat rupa aku sendiri, atau pun aku ponteng time tuu huhuhu rugi rugi... kalau ada yang ingat rupa aku..tolong la bagi tahu...

Aku sakit ati betul dekat budak yang tunjuk kasut tu... abis terlindung muka member dekat belakang tuuu... kesiann... entah entah dekat belakang tuuu aku... huhuhu

Apa yang ingin aku kata kn :

Taufik - ko nak tunjuk jam baru ke??

Iwan - ko ingat kasut ko cantik???

Azlan - ko senyum mcm tu dah rupa giant cita doremon hahahaha

Sida - Wuuuu nampak gengster la kooo

Sahrol - wat tabik hormat tuuu

Misnan - ko nangis k gelak??? eh, kejap2...kasut ko ke yg iwan angkat tu???

Pidi & mahzir - poyo la korang

Korang bayang kn la...dengan muka suci neee antara yang aku cam laa...Aina, Mahzir & Taufik dah kawen dahhh sekarang

Bersama Guru Kelas, Cikgu Norizan.. Jauh sanggat la pulak gambo neee
Dekat gambor nee memang pasti yakin dan sah muka aku tak ada...sebab ne budak budak Nilam. Muka suci budak nilam ne plak Iwan & Atika dah bertunang dahhh and Lizazurin & Khatijah dah kawen dahhh sekarang....

26 May 2010

3 Minit Bersama Bueno

Time tengok iklan bueno ari isnin malam..terus tiba2 jatuh cinta nak test gak makan benda nee... sebelum ne klu tgk iklan tu xde apa2 perasaan punn...hati kering. Pagi esoknya (selasa) terus cari dekat kedai...tapi hampa..xde yang WHITE.. tak puas hati lagi..petang tu balik dari kerja cari lagi dekat kedai.. nasib baik ada..tak pikir apa2 terus pergi bayar...

Tengok dekat mesin duit tu harga dia rupanya RM 3.95sen.. glup glup (telan air liur) nape ada tambahan 5sen??? bayar je laaa...mengidam punya pasal..

Minit Pertama :

Ini la dia Bueno yang aku nak sagggat tuuu "White Chocolate-Covered Wafer With Smooth Milk And Hazelnut Filling"


Bukak plastik dia duluuuu...baca doa makan... dannnnn

Minit Kedua :


nyam nyam nyammm....sedap! memang ada krim dalam tuuu..dia tak tipu. Jakun betul aku neee

Habis dah 1 bar aku makan... ada lagi 1 bar.... emmmmm nak makan sekarang keee nak makan esok emmmmmm makan ke takkk makan keee takkkkkkk


Minit Terakhir :
A
K
H
I
R
N
Y
A
Setelah berfikir 9 saat
Nafsu makan tidak boleh dikawal... terus makannnn... Ok Bueno... lain hari kite jumpa lagiii

25 May 2010

Di Mana Terangnya Bulan

kJeng jenggggg ne lagi koleksi buku dari Bahruddin Bekri yg aku dh beli... sebelum ni aku baca Dairi Mat Despatch. Along aku la yg dok sibuk2 suruh beli kn... Tgk ne aku dh beli knnn aku kan adik yg baikk.... "Long, ko tgu je la adik manis mu ne balik baru ko leh baca..." tunggguuuuuu
Sebuah kisah yang menyimpan senyuman

Seumur hidup aku ne la kali pertama aku beli novel... selalunya aku pinjam novel orang je.. Dah macam itik aku mencari buku novel ini... Aku sebenarnya tak tahu nak beli novel apa.. yang aku tahu cari nama penulis Bahruddin Bekri jeee. Nasib baik jmpe... tgk harga dia RM 17.50.. emmm terus pergi bayar..
Sinopsisnya aku salin balik la...almaklum la...guna camera HP jeeee

Dalil Tuhan untuk manusia, hidup ini adalah kepingan yang perlu dicantumkan. Mengambil hikmah daripada dalil itu, Kamarul menjejakkan kakinya ke Sarawak bagi melanjutkan pelajaran, kepingan hidup yang sering diangan-angan.

Tanpa kamarul tahu, di situ dia menemukan lebih banyak kepingan hidupnya. Bermula dengan teman serumah yang diam dan hanya berpakaian hitam. Kemudiannya dairi biru milik perempuan Cina yang berwajah ayu. Sehingga kepada lelaki yang berambut panjang menyimpan dendam.

Kamarul yang berwajah polos dan tidak tahu menahu, mendapati kepingan-kepingan hidupnya itu perlu dicantum, hanya untuk menjawab satu persoalan, di mana terangnya bulan....
Novel ini aku baca....mengisahkan Kamarul yg akan smbg bljo dkt sarawak...famili dia org susah.. jd pergi sarawak utk daftar pun sorang2 jee...kalau aku dah tak pergi dhhhh. Dia mengalami masalah kewangan... jadi nak selesaikan masalah tuuu dia kena pulak menempuh bermacam macam masalah lagiii...

Aku pun ada masalah gak nk cerita dekat korang pasal masalah dia...kang aku pulak yang dipersalahkan sebab memberitahu masalah dia... jadi kalau nak tahu masalah dia korang bacalah sendiri.....Harap korang boleh faham pulak masalah yang akan aku terima kalu aku cerita lebih2...kang Bahruddin Bekri saman aku lak...masalah masalah....

Berapa banyak "masalah" daaaa

14 May 2010

Jom Menabung

" sikit sikitttt lama lamaaa jadi BUKIT ! "
Jom kita sama sama menabunggg.. bukan senang tau aku nak menyusun duit tuuu... (tak ada keje sebenarnya) perlukan teknik kesabaran dan pernafasan yang baik!


Aku tak boleh laaa nak simpan duit SILING (buat tambang bas) setiap hari bekerja simpan RM1.00
KIRAAN :

Sebulan = 20 hari bekerja

RM 1.00 x 20 hari = RM 20.00
kalauuuu
RM 20.00 x 1 tahun hari bekerja = RM 240.00 OK whattt
Tapi perlu laaa displin diri yang kuat dan jituuu. Kena menyimpan dalam tabung yang korang tak akan nampak isinyaaa

10 May 2010

Selamat Hari Ibuuu

Hari ibu disambut pada hari AHAD pada minggu ke-2 setiap bulai MEI... save sekarang dekat otak! maknanya hari semalam 09.05.2010

Lagu ne khas buat makkkk ku sayannnngg yang berada di rumah

IBU... ibu
kau la ratu hatiku
bilaaa ku berduka
kau hiburkan selalu

ibu... ibu
kau la ratu hatikuuu

Sayyyannngggg Maaakkkk Sesangggggattt MUAH2!

Sebenarnya sambutan hari ibu berbeza beza di setiap negera:

07 May 2010

Friday Lunch

Tengah hari tadi pergi makan dekat RASA.... biasalah hari jumaat...rehat lama... pergi dengan mereka bertiga neee. Untuk kisah yang berkaitan ikuti dekat sini
Belanja makan Waffer Ais krim "golden banana" Jom serangggg... kongsi 4 orang bagi erat siratulrahim... seronok makan rebut rebut ne....
Hadiah birthday dari Pn Crabbyyy Opsssssss... Papepun terima kasih bebanyakkkk, birthday tahun depan bagi hadiah lagi yeee

cuba uji cermin ne kejap
"wahai cermin ajaib.... siapa kah yang paling cantik di dunia iniii?"

Jeng


Jeng


Jenggggggg

WAHHHHH...dah agak dah punnnn....

06 May 2010

Trip ke Pasoh

01.05.2010 (hari pekerja) kita orang 1 famili pergi rumah pak uda, anak dia kawen... selalunya kita orang akan pergi asing2 dan suke ati nak gerak pukul bape pun.. tapi kali ni lain sikit..sebab pergi 1 keta.. dapat la merasa kereta baru ayah budak ne..*alza* aku dengan budak ne duduk belakang sekali... nasib baik lepas kaki aku yang panjang ne..



ambil gambar lagiii


Sampai umah pak uda dalam pukul 2 pm...rupanya time tu pengantin dah siap sanding+makan.. ceeeepatnyaaaa..kalau tpt aku 2.30++ baru nak sanding. sampai2 je tak toleh org sangat terus cari pinggan....lapoooo.. cuaca punya la panazzz tapi perut mengatasi segalanya.. untung gak datang lambat ne..dapat lauk pengantin.. Gambo wedding sampai lupa nak amik sebab lauk dia sedop sodap tapi tak tahu la kalau aku yg lapo sanggat...semua benda jadi sedap. Kalau sampai pasoh neee aku mesti cari tapai pulut mak uda memang sedap!

Buat Apis :

" selamat pengantin baru & semoga berbahagian hingga AKHIR HAYAT (",) "

Lepas kenyang dekat rumah pak uda pergi rumah Atok Tom lak (bukan Tom Tom Bak atau Tom & Jerry ok!) Rupanya dia ada bela burung yang pandai bercakap..aku tak tahu la ne burung apa.. kejakunan aku terselah... siap rakam lagi.. bila tengok balik rakaman tu kelakar pulak sebab tak pasti suara burung dengan suara aku.. burung ne pandai beri salam dan bila nampak tuan dia, dia akan panggil "cik tom"

Atas tu gambo Ayeed..gambo adik dia tak ada sebab adik dia takut burung tu cetok dia.. penat aku pujuk tak berjaya gakkkk

05 May 2010

Jangan Gelak

Time kursus ari tu...penceramah suruh lukis muka diri sendiri... terkial kial aku nak melukis... dia tak kasik lukis pakai pensil, sebab kalau pakai pensil asik padam jee bila nak siap...lepas tu kena tampalkan bagi semua orang tengok...korang agak agak mana satu lukisan aku....
Lepas tuuuu kena bagi wish k pujian k apa apa la yang sewaktu dengannya dekat sape sape yang kita suke sebelum tamat kursus... kejap kejap jeling tengok lukisan diri sendiri sebab nak tengok berapa ramai orang dah wish dekat kita...kalau sikit sangat segan gakkk... korang dah jumpa belum lukisan aku???

susah susah sanggat aku mengaku je la.... berani mati punya... korang jangan gelak lebih lebih pulak

04 May 2010

Believe It Or Not

Cross stich ni aku yang buat sendiri....percaya ke tak??? korang KENA percaya gak.... cantik kn kn knnnn
SEBENARNYA....dekat setahun++ kot aku siapkan benda ne... mak asik tanya je bila nak siapkan.. konon2 nak pasang raya tahun lepas..tetapi anakmu ini asik keje tido je.. pada 18.04.2010 barulah cross stich ne berjaya disiapkan...


Yang menyebabkan aku lambat sesangggat siapkan benda ne sebab aku dah pening, aku dah tersalah baca formula dia.. naik juling mata aku nak membetulkan balik... tu yang jadi malas nak buat...aku silap dekat part bunga merah belah kanan bawah tu... dah la benang dia ada 4 warna merah yang lebih kurang sama... last-last aku buat formula sendiri...tapi jadi jugak kan bentuk bunga...

Aku dalam proses membuat bunga ni lagi 1..tak tahu la bila tahun pulak dapat siapkan

03 May 2010

Dairi Mat Despatch

Bagi yang pernah baca profil aku, aku ada kata yang aku "dulu suka baca buku komik, tapi sekarang baca baru 2 baris je...buku tu dah baca aku balik..." TAPI semalam aku dah mula start membaca balik huhuhu itu pun sebab Along yang kata buku ne best, sampai dia suruh aku cari lagi buku dari penulis ini, jadi aku pun pinjam la...aku habis kan membaca dalam tempoh + - % * semua dalam 4 jam lebih sikit.

kenapa 4 jam? sebab...aku baca time dalam bas nak balik KL..aku agak bertuah sebab aku boleh membaca dalam keadaan tidak selesa tak akan rasa pening+loya... cuba suruh aku baca buku berunsur pelajaran ke fakta..emmm kejap je...baru baca kulit buku dh Zzzzzz. Baca time nak tunggu ERL, dalam ERL.. sampai rumah je sambung baca lagi dalam 8 helai...THE END

Nak promosi sikit buku ne... harganya tak de la mahal sanggat RM9.90 sahaja dan ada 155 muka surat, penulisnya Baharuddin Bekri. Cerita yang menarik+best..aku bleh gelak sorang2 dalam bas..yela tak akan nak ajak orang sebelah gelak gak sedangkan dia tak baca...

Buku ini mengisahkan seorg pemuda lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan bernama Idlan Rayyan bin Zahid Hamid tetapi bukan nama sebenar kerana dia takut dairi ini dijumpai oleh orang lain yang kenal dia dan orang itu akan tahu rahsia dia dan akan gelakkan dia berdekah-dekah...disebbkan kegawatan ekonomi dan ramai yang fasih bahasa inggeris daripada dia, jadi dia bekerja di sebuah syarikat ejen import eksport sebagai despatch.
Tujuan asal dia membuat dairi adalah untk berlatih menulis dalam Bahasa Melayu Tinggi aka BMT kerana dia nak amik exam menulis bagi menjadi editor freelance aka penyunting sambilan supaya dia boleh bagi duit lebih dekat mak+ayah dan supaya dia tidak ada masalah utk meminang anak gadis orang. Tetapi tujuan asalnya telah menyimpang kerana dia banyak pulak menulis soal hati
aku salin balik la apa yang ditulis tu..

"kepada sesiapa yg menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah dairi. Oleh kerana aku tidak mampu beli dairi, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca dairi ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca dairi ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu"
Tulisan dalam buku ini pun nampak menarik... seolah-olah kita betul betul baca dairi orang lain, ada gak kata kata yang best dalam buku ne.. nanti aku letakkan dalam ruang "THINGKING" aku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails